4D3N Johor Bahru – Singapore

Setelah sekian lamanya mengidam nak je Singapore, akhirnya dapat jugak sampai walaupun dah tak duduk JB lagi. Dulu tiga tahun lebih dekat JB tak sampai pulak Singapore. This trip memang special untuk pergi Singapore. Tapi since dah ke JB, harus jalan-jalan sekali di JB. Kebetulan jugak masa tu ada Pesta Konvo UTM.

Partner in crime Izzah. So, planning jalan-jalan area JB aku yang buat, untuk yang Singapore dia yang buat. Kebetulan member baru balik dari JB awal bulan 10, kitaorang pulak pergi hujung bulan so memang banyak ambil tentative trip diaorang. Sewa kereta pun ambil tempat sekali. Tentative perjalanan kitaorang sepanjang 4 hari 3 malam boleh baca di sini (Travel Tentative: 4D3N Johor Bahru – Singapore)

Malam sampai tu, terus pergi dinner di Haus by SSMY. Sebenarnya dah lama follow Adeeb di FB and memang dah bercita-cita nak makan di situ. Alhamdulillah, dapat jugak sampai. Nasib baiklah kedai makan tu buka sampai 2.00am. Sebabnya kitaorang sampai around 10.00pm. Masa kitaorang pergi hari tu masih di lokasi lama. Sekarang ni diaorang dah pindah ke Neuhaus Cafe di Bandar Baru Uda.

Kalau ikut plan asal untuk hari kedua sepatutnya kitaorang bermula di EcoWorld EcoTropic di Masai dan berakhir di Tanjung Piai. Tapi bila fikir-fikir balik, macam buang masa je kalau nak bermula di situ sebab EcoWorld tu buka pukul 10.00am. Jadinya tukar plan, kitaorang bermula di Tanjung Piai.

Sekejap je di Tanjung Piai. Yang lamanya di Forest City. Masuk rumah contoh dia yang lama. Mana tak nya, excited tengok design and hiasan dalaman. Tengok sini, Wah! Tengok sana, Wah! Memang Wah! Wah! je lah kerjanya. Balik dari Forest City, singgah Medini dan EcoWorld Eco Botanic. Sebab dah alang-alang area yang tak jauh.

Masa dekat EcoWorld Botanic jam dah pukul 4.00pm lebih. Nak ambik bas ke Singapore lagi, nak pergi Pesta Konvo UTM lagi, so kitaorang batalkan EcoWorld EcoTropic dan EcoSpring. Terus pecut ke UTM. Jalan-jalan shopping shopping sampai pukul 6.00pm. Tikah dah tunggu di Terminal Bas Larkin. Kitaorang jumpa sekejap je sebelum ambil bas ke Singapore.

Bas ke Singapore bergerak dalam pukul 7.00pm tapi kitaorang sampai di homestay dalam pukul 11.00pm. Padahal kalau ikutkan Woodland Circle tu tak adalah jauh sangat dari imegresen. Yang sebenarnya kitaorang salah faham, turun sampai ke pusat bandar. Mana taknya nak kena patah balik.

The next day, memang menghabiskan satu hari di Universal Studio Singapore. Dari pagi sampai petang. Alhamdulillah, orang tak berapa ramai. So dapatlah naik most of the ride. Paling suka yang Transformers. Best sangat! And start dari ride Transformer then Human last Cylon, sama dengan lelaki Korea yang handsome. Lagilah semangat.

Banyak show yang aku terlepas sebab leka bermain. Tapi tak apa, memang target nak main pun. Next time hopefully dapat datang lagi untuk shooting pulak. Sebabnya tempat dia semua cantik-cantik untuk shooting. Terasa menyesal sebab keluar awal. Kalau tahu boleh tunggu sampai orang lain keluar, so dapatlah ambil gambar yang kosong-kosong tanpa ada orang photoboom.

Malamnya kitaorang just jalan-jalan menikmati keindahan Singapore di waktu malam. Around pukul 9.00pm kaki memang dah rasa lenguh sebab berjalan seharian. So, terus balik homestay.

Esoknya, kalau ikutkan plan kitaorang akan pergi cari sourvenir. Tapi seriously, dah tak larat. So, just rehat je di bilik sebelum gerak balik ke JB around 10.00am. Sampai di JB pun memang dah tak larat nak jalan lagi. Terus ambil Uber dari Terminal Bas Larkin ke Senai Airport. Dari pukul 2.00pm sampailah flight malam, dalam pukul 8.00pm kitaorang lepak di airport. Trip empat hari yang sangat berbaloi.

Makan malam di Haus by SSMY
Haistar Homestay at Taman Pelangi
Tanjung Piai National Park
Tanjung Piai National Park
Penghujung Selatan Benua Asia
Forest City
Legoland Malaysia @ Medini
Medini
EcoWorld Eco Botanic
Universiti Teknologi Malaysia
Bas ke Singapore @ Terminal Bas Larkin
Universal Studio Singapore
Singapore at Night

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *