About Me

Assalamualaikum.
Hello!

Nama saya Nazurah Zahidah. Boleh panggil Zahidah, tapi tolong jangan pendekkan jadi Zah, Ida, Idah dan sebagainya.

Saya berasal dari Kuching, Sarawak. Meminati fotografi terutamanya pemandangan. Kebanyakan gambar adalah dari kawasan tempat kerja saya dan juga tempat-tempat yang pernah saya lawati. Makanya, saya berharap saya akan dapat pergi ke lebih banyak tempat untuk merakam gambar.

Saya masih belajar untuk merakam gambar, masih lagi merangkak dengan dunia ‘traveller’. Dan masih belajar untuk menulis. Kebanyakan gambar yang diambil boleh dilihat di Instagram saya, Zahidah Wahid .

Saya berharap agar saya mampu dan dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk anda semua yang sudi singgah ke sini.

Salam perkenalan dari saya, Zahidah Wahid.