Adelynna’s Farewell Party @ Sukha Cafe

Kitaorang dah plan nak buat farewell party untuk Madam. Sebenarnya tak boleh nak plan awal-awal sangat, sebab takut tak jadi. Yang ni pun memang agak last minutes jugak. Sebab cadangan asalnya adalah Sushi King di Boulevard. Tapi beberapa jam sebelum balik diaorang tukar tempat.

Janji nak gerak pukul 1.00pm tepat. Tapi biasalah, tunggu sorang, nak buat ni buat tu. Jadinya 1.30pm baru gerak. Dalam perjalanan, Miss telefon tanya kat mana. Katanya dia dengan Madam masih di Opar. Jadi, aku buat lencongan 360 hantar ikan ke rumah dulu. Dan, aku jadi orang paling last sampai.

Masa sampai, diaorang dah tengah makan. Diaorang semua order nasi. Madam order waffle with chicken. Rasa nak makan nasi, tapi macam dah lewat. So, aku order Chunky Monkey Waffle dengan hot latte. Waffle dia sedap. Kopi dia biasa. Bolehlah. Tapi aku lagi suka kopi yang dekat Bing! Cafe.

Decoration dalam pun lawa. Kalau pergi malam mesti lagi lawa. Dah lepas makan, berpossing pulak dekat brick wall dia. Dah puas possing, kitaorang pergi CityOne. Balik around 7.00pm.

Waffle Chunky Monkey (RM15.00) & Hot Latte (RM10.50)

 

2 thoughts on “Adelynna’s Farewell Party @ Sukha Cafe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *