Berhujung Minggu Di Iftitah Restoran and Resort Belawai

19 Ogos 2017
Cadangan asalnya nak bertolak dari Kampung Bako pukul 6.00am. Tapi sebab nak tukar tayar dulu, kena tunggu kedai buka. Jadinya kami gerak dari rumah pukul 9.00am. Siap tukar tayar dalam pukul 10.30am dan terus bertolak ke Sarikei. Sebelum tu singgah isi petrol di Shell Tabuan.

Kami menggunakan lalu Kuching-Asajaya dan perlu menaiki feri. Semasa pergi ke pada Tahun Baru Cina, kami menggunakan laluan Kuching-Serian. Kami tiba di Sarikei pada pukul 4.30pm. Maknanya laluan Kuching-Asajaya lebih dekat walaupun terpaksa menunggu feri. Yang sebenarnya rezeki kami, tiba di pengkalan memang feri sudah menanti.

Semasa di pengkalan feri Batang Saribas, Sebuyau-Triso singgah membeli ayam panggang madu. Cikgu Fauzi kata sedap. Haruslah mencuba. Bila dah makan tu, memang kena dengan tekak. Highly recommeded! Kalau ada lalu di situ dan nak merasa, boleh booking awal dari brother tu.

Setibanya di Sarikei, kami terus mencari hotel. Kami menyewa di hotel (tak ingat nama). Lepas hantar beg dan berehat sekejap, kami pergi ke rumah pengantin dan rumah saudara mara. Balik ke hotel semula pada pukul 10.00pm.

20 Ogos 2017
Kami mendaftar keluar hotel pada pukul 10.00am dan terus menuju ke dewan tempat kenduri diadakan. Semasa sampai, emak pengantin perempuan bagitahu Aiman Tino ada datang. Eh? Selepas makan dan selepas majlis selesai, kami pergi ke rumah kawan Cikgu Fauzi dan Cikgu Salmah.

Sekitar pukul 1.30pm kami bertolak ke Belawai. Ada pesanan dari orang-orang di Sarikei kalau nak ke Belawai. Iaitu jangan berada di sepanjang perjalanan lewat petang. Sebabnya jalan ke sana memang sangat sunyi dan tiada lampu jalan. Kami mengikut laluan Sarikei-Bintangor-Sibu-Tanjung Manis-Belawai. Kata mereka guna feri lagi dekat.

Kami tiba di Belawai pada pukul 5.00pm. Daftar masuk bilik kemudian jalan-jalan di kampung. Selepas pusing kampung sekejap, kami patah balik dan terus makan malam. Selepas makan malam, kami berjalan-jalan di tepi pantai sambil menikmati matahari terbenam. Malam hanya berehat di bilik.

21 Ogos 2017
Hari ini bertolak balik ke Kuching. Sebelum balik, kami sarapan pagi di Iftitah Restoran. Bergambar dan mencari udang kering. Kami bertolak dari Belawai pada pukul 10.00am, kemudian singgah di Bandar Baru Tanjung Manis. Pukul 11.00am bertolak dari Tanjung Manis. Singgah makan tengah hari di Simpang Saratok. Solat maghrib di Kampung Sebuyau. Dan tiba di Bako pada pukul 10.00pm.

Nota:
1) Travel tentative dan kos perjalanan boleh lihat di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *