Bukan Air Asia Kalau Tak Delay?

Alasan untuk ke Johor Bahru bagi tahun 2017. Kak Susi dah bagitahu awal, dalam bulan Januari hari kalau tak silap. Memang lebih dari cukup masa nak cari tiket flight murah. Cuti? Insya Allah, senang je nak apply. Alhamdulillah, dapat tiket flight Air Asia RM182.24 (Return ticket).

On the 5th May, dah semangat nak pergi. Dalam tengah hari dapat msg dari Air Asia kata flight re-time pukul 11.00pm. Dua tiga kali check msg takut salah waktu. Sebab dah pernah kena re-time dia jadi awal. Tak pasal-pasal terlepas flight dan terpaksa beli tiket baru.

Planning asal sharp 5.30pm memang nak balik terus, mandi then around 6.00pm gerak ke airport. Tapi hari tu kerja semua nak kena siapkan sebab semua orang dah minta report. Nasib baik flight re-time. So, macam bolehlah nak keluar office pukul 6.00pm, balik rumah mandi then around 6.30pm gerak ke airport.

On the way ke airport, makcik bagitahu flight dia dari KL delay. Nasib baik yang ke-2 flight delay sebab makcik yang akan bawa kereta balik kampung. Kitaorang jumpa di airport. Kalau flight makcik delay tapi my flight tak re-time memang kitaorang tak akan dapat jumpa sebab aku yang akan depart dulu sebelum makcik arrived.

Nampak tak perancangan Allah tu macam mana?

Padahal mula-mula memang rasa geram dengan Air Asia sebab re-time sedangkan perasaan tu dah membara tak sabar nak jumpa kawan-kawan di Johor Bahru. Lagipun bukan selalu kan Air Asia delay. Kadang-kadang je pun.

Nak dijadikan cerita, masa dah sampai di airport tengok jadual departure and arrival flight re-time for the second time. Kali ni pukul 12.00am pulak. Re-time kali pertama boleh terima lagi, tapi untuk kali ke kedua ni macam, ini sudah lebih.

Tengah khusyuk membaca buku, rasa macam ternampak flash. Macam ada orang ambil gambar. Toleh sekejap. Yang menyambutnya siap berpakaian tradisional bangsa di Sarawak lagi. Siapa yang diaorang sambut? Esoknya baru tahu yang disambut adalah Donnie Yen. Tu untuk event AIFFA.

Tengah beratur nak masuk flight, ternampak berita di tv yang ada flight Air Asia X di KLIA 2 ada turbulent. Itu kot sebabnya semua flight lain pun delay jugak. Departed Kuching 6 May 2017, 12.00am. Arrived Johor Bahru 1.45am. The wedding is 1.00pm. Sempatlah nak tidur pun dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *