Candle Light Dinner @ Cafe Cafe Original Car Wash

Cadangannya hari ni memang nak mencuci kereta. Tapi tak nak pergi tempat biasa sebab diaorang cuci dah tak bersih. Tiba-tiba teringat dengan Cafe Cafe Original Car Wash. Kat situ boleh makan sekali. Ini kali pertama datang ke sini selepas 2011 kalau tak silap. Dulu decoration dalam dia lain. Dulu wow, sekarang lagi wow!

Hantar kereta, then masuk dalam untuk order makanan. Masa tengah nak pilih makanan, pelayan dia datang tanya nak air apa. Eh? Ada percuma air ke? So, aku pilih jus limau. Sebab memang dah rasa lapar, jadi kitaorang order makanan berat sekali. Sebenarnya nak order kek dan kopi je.

Adik order nasi dengan daging masak hitam. Aku order bihun goreng dan carrot cake (menu special Chinese New Year). Air caramel latte. Masa nasi daging masak hitam sampai, portion dia ok. Macam bolehlah, berbaloi dengan harga dan tempat. Sekali sampai bihun goreng, memang terkejut beruk. Besar giler portion dia. Ni bukan nak makan sorang, berorang-orang. Memang sah-sah tak habis. Tapau bawa balik rumah. Carrot cake and caramel latte dia sedap.

Tengah asyik makan, tiba-tiba blackout. Satu Sarawak pulak tu. Jadinya kitaorang candle light dinner.

Nasi daging masak hitam & bihun goreng
Caramel Latte
Carrot Cake

 

2 thoughts on “Candle Light Dinner @ Cafe Cafe Original Car Wash

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *