Kembalikan Nostalgia Di Miri

26 Januari 2017
Tahun Baru Cina jatuh pada hari Sabtu. Syarikat bagi cuti pada hari Jumaat. Petang Khamis, tanya adik yang di Miri dia balik tak. Katanya tak ada tiket flight lagi. Mungkin akan balik naik bas. Tiba-tiba datang idea, daripada dia balik Kuching naik bas, baik kitaorang yang pergi ke Miri dengan kereta.

Telefon Tuan Haji, tak jawab. Kemudian telefon Puan Hajah pulak. Dia suruh tanya Tuan Haji dulu. Dah nak petang, tapi masih belum ada kata putus. Saya terus balik dari Sematan ke Bako.┬áSampai di rumah malamnya Puan Hajah tanya “Dah kemas barang ke?”. Baru sampai takkan dah kemas barang. Rupanya mereka semua dah siap kemas barang.

27 Januari 2017
Kami bertolak dari Kampung Bako dalam pukul 8.30 pagi. Singgah di Sarikei untuk isi petrol, makan dan solat. Tiba di Homestay Miri sekitar jam 11.00 malam.

Perjalanan Kucing – Miri: Jalan Mukah-Balingian

28 Januari 2017
Hari ni pergi ke Brunei. Bertolak dari homestay dalam pukul 10.00 pagi. Sampai di Brunei dalam pukul 12.00 tengah hari. Singgah di Pantai Jerudong. Jalan-jalan sekejap. Kemudian teruskan perjalanan ke bandar. Tuan Haji ada msg kawan dia, tapi macam lambat pula dia balas msg. Jadinya kami singgah makan di Jollibee. Lepas makan, solat di Masjid Sultan Omar Ali Saiffudein.

Pantai Jerudong
Pantai Jerudong
Jollibee
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien

Sebab dah lewat, ingatkan kawan Tuan Haji hanya sediakan minum petang. Rupanya dia siap masak untuk makan tengah hari. Tapi kami yang terlewat sampai. Jadinya, makan untuk kali kedua. Balik dari rumah kawan Tuan Haji, kami singgah ke Muzium Teknologi Melayu, Muzium Maritim dan Brunei. Tapi semuanya tutup sebab cuti umum. Jadinya kami hanya bergambar di kawasan luar sahaja. Ini memang kena ulang balik ke Brunei.

Muzium Maritim dan Muzium Brunei
Muzium Teknologi Melayu

Dalam pukul 4.00 petang bertolak balik ke Miri. Tapi sebab barisan di sempadan panjang, kami singgah solat Maghrib dulu. Tiba di Miri dalam pukul 8.00 malam. Sampai je di Miri, terus pergi ke Kampung Wireless untuk ambik Nek Usu untuk makan malam. Kami makan di The Kampong Place. Balik ke homestay dalam pukul 11.00 malam.

29 Januari 2017
Hari ini bertolak ke Bintulu. Cadangan asalnya nak bertolah petang semalam. Tapi sebab keluar dari Brunei pun dah lambat, jadinya tukar program. Dalam perjalanan, kami singgah di Taman Negara Bukit Lambir. Ada anak jiran sebelah rumah yang bekerja di situ. Sarapan pagi di kantin Taman Negara.

Taman Negara Lambir

Perjalanan diteruskan ke Ladang Surea. Ingatkan boleh masuk, tapi jalan teruk. Pengawal tak bagi masuk. Ladang Surea adalah ladang terakhir Tuan Haji berkhidmat sebelum berhenti kerja.

Ladang Surea

Impian nak tengok matahari terbenam di Pantai Tusan, Bekenu. Tapi memang tak lah Puan Hajah nak suruh tunggu di situ sampai senja. Dapat singgah tengah hari pun bolehlah. Tu pun tak tengok pun tanjung yang macam bentuk kuda tengah minum air. Lain kali kena datang balik untuk tangkap gambar matahari terbenam.

Pantai Tusan, Bekenu

Dalam pukul 5.00 petang kami tiba di Homestay Taman Assyakirin Bintulu. Itu pun cari masa di Pantai Tusan. Lepas simpan barang dan berehat, kami pergi ke pasar malam. Rezeki sangat sebab ada orang jual durian.

Homestay Taman Assyakirin

Kami pergi ke rumah makcik di Kampung Baru. Tapi sebelum tu, singgah makan malam dahulu. Lepas makan baru ke rumah makcik. Lama sangat dah tak sampai Bintulu, diaorang pun lama dah tak jumpa, memang panjang sembang. Dalam pukul 9.00 malam balik ke homestay.

30 Januari 2017
Kami bertolak dari Bintulu ke Kuching pada pukul 10.00 pagi. Tapi sebelum tu singgah di Ladang 2, Mukah. Tak tahu kenapa, saya rasa sangat rindu dengan rumah di Ladang 2. Padahal masa tu kecil lagi. Kalau rindu dengan Ladang Surea tu, logik jugaklah rasanya.

Ladang 1, Mukah

Ladang 2, Mukah adalah antara ladang terawal tempat Tuan Haji bekerja. Semasa singgah di situ, ada seorang pekerja yang kenal dengan Tuan Haji. Tapi katanya, masa Tuan Haji bekerja di situ dia masih kecil. Kalau cuti masih banyak, maunya buat kerja gila lagi teruskan perjalanan ke Balingian.

Rumah lama di Ladang 2, Mukah
Surau Ladang 2, Mukah

Kami tiba di Sarikei dalam pukul 5.00 petang. Singgah untuk isi petrol dan makan malam. Tuan Haji ajak bermalam di Sarikei semalam. Walaupun esok saya sepatutnya dah masuk kerja, boleh je nak minta sambung cuti. Tapi tak jumpa pulak hotel yang kosong. Ada yang pun di Sibu. Kalau tahu tadi singgah di Sibu.

Sebab tak ada hotel kosong, teruskan juga perjalanan balik ke Kuching. Kami tiba di Kampung Bako sekitar jam 11.00 malam. Tidur di rumah Cikgu Fauzi sebabnya dah lewat, malas nak menyeberang sungai.

31 Januari 2017
Sepatutnya hari ni dah masuk kerja. Tapi buat cuti sendiri.

Nota:
1) Travel tentative dan kos perjalanan boleh lihat di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *