Late Dinner @ Haus By SSMY

Tak ingat sebenarnya bila mula follow SSMY di Facebook. Bila tahu dia ada buka kedai makan, perasaan tu macam menarik-narik je untuk mencuba. Jadinya, Haus by SSMY menjadi salah satu tempat wajib pergi dalam senarai selain USS. Kitaorang sampai dalam pukul 10.00pm. Masa tu tak berapa ramai sangat orang, tapi orang masih lagi datang walaupun dah lewat. Sebabnya diaorang buka sampai pukul 2.00am.

Sebenarnya masa masih di Kuching lagi dah tahu nak makan apa. Tapi bila sampai di sana, lupa pulak apa benda yang nak dicuba. Tambahan pula dah lewat malam. Sebab, no rice for me when it late night. Jadi, aku order carbonara. Ambil yang set dengan air.

Carbonara & ice blended

Suka dengan suasana persekitaran. Mungkin sebab ia halaman rumah. The decoration and mural dalam kedai pun cantik. Masa tengah makan, ayah Adib datang berborak dengan kitaorang. Rasa macam tetamu di rumah diaorang pulak. Carbonara dia sedap. Air dia macam yogurt ice blended, pun sedap. Harga berpatutan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *