Late Dinner @ Neuhaus Café

Balik dari majlis persandingan Kak Susi, aku dengan Tikah jalan-jalan sekitar pusat bandar Johor Bahru. Hari ini baru betul-betul terasa macam pelancong. Sebabnya, tiga tahun duduk JB tak pernah pun nak turun jalan kaki dekat pusat bandar tu. Bazaar Karat pun dapat kira dengan jari berapa kali je pergi.

Dah janji nak jumpa Fatihah malamnya. Sementara tunggu, kitaorang jalan-jalan di Aeon Tebrau. Dalam pukul 9.00pm whatsapp Fatihah tanya nak jumpa kat mana. Dia tak ada bagitahu tempat yang dia nak pergi, jadi aku cadangkan pergi Neuhaus Café.

Sebenarnya Neuhaus Café adalah kedai baru Haus by SSMY. Lokasi pun baru. Banyak lagi menu diaorang yang aku rasa nak cuba. Dan aku rasa tempat diaorang agak privacy jadi sesuai untuk kitaorang nak duduk berborak. Kitaorang jumpa dalam pukul 10.30pm. Sebab sampai pun dah lambat, banyak makanan yang dah habis. Jadinya aku mencuba Fork & Balls (A hefty serving of 7 meatballs topping with mozzarella cheese with a side of special sauce). Air pula aku pilih Irish Coffee.

Fork & Balls

The meatball sedap, cuma mesh potato dia je yang kalau dapat texture lagi halus macam yang kfc punya lagi sedap. Irish coffee dia sedap. Harga berpatutan, 3 orang makan dalam RM50 lebih. Dan malam tu rezeki kitaorang dapat cake sebab ada meja sebelah buat birthday celebration.

Kitaorang antara pelanggan terakhir untuk malam tu. Kalau Haus by SSMY dulu buka sampai pukul 2.00am, tapi sini sampai pukul 12.00am je.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *