Low Quality Printed Card

Since semalam tidur lambat, ingat senang ke nak bangun awal? Tambahan pulak bilik tu memang tak masuk cahaya matahari. Kalau tak kena bahang panas mentari, memang tak sedar hari dah siang. Tersedar pun sebab roommate Tikah buka lampu. Tengok jam dah pukul 9.30am.

Majlis perkahwinan di Johor tak sama dengan Kuching waktunya. Kalau di Kuching, 9.30am tu dah lambat nak pergi kenduri kahwin. Datang pukul 12.00pm memang dah siap kemas meja. Di Johor dalam pukul 12.0pm baru mula orang datang.

Diaorang dah janji nak jumpa di majlis Kak Susi pukul 1.00pm. Aku dengan Tikah memang dah plan nak pergi breakfast dulu. Tapi sebelum tu, singgah ambil kad yang ditempah khas untuk pengantin.

Buka-buka je sampul kad tu, rasa macam kenapa printing dia tak lawa? Sekali rupanya itu adalah doodle. Ulang lagi sekali, DOODLE! Kalau doodle seriously it more than enough. Dan saya sangat cemburu dengan orang yang pandai mendoodle ni.

Untuk yang nak menempah, boleh check Instagram @tanganka.nan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *