Menjejaki Bunga Terbesar

6 Januari 2017
Mel whatsapp minta cadangan mana-mana tempat yang menarik untuk dilawati. Yang penting ada pemandangan yang hijau. Ting tong ting tong, kebetulan ada bunga rafflesia yang mekar masa dia nak datang nanti. Jadinya cadangkan ke Taman Negara Gunung Gading.

21 Januari 2017
Saya bertolah dari Sematan dalam pukul 1.00 petang. Nasib baiklah hari Sabtu kerja separuh hari sahaja. Tapi ada temu janji dengan agen insuran pada pukul 3.00 petang. Nasib baik juga sebab Mel dengan Mashi pergi ke Kampung Budaya hari ini. Jadi kami hanya berjumpa di Waterfront Hotel pada pukul 6.00 petang.

Special dish, linut @ ambuyat

Dapat bilik 910, Tingkat 9 yang menghadap Padang Merdeka. Rehat sekejap. Lepas Maghrib, keluar makan di Keday Kamek. Sebabnya Mashi cari laksa Sarawak. Kalau malam memang di situ sahaja yang ada. Tapi lupa pula Kopi O’ Corner pun ada juga.

Pemandangan dari Tingkat 9, The Waterfront Hotel

Selain Laksa Sarawak, saja je order Linut. Kalau di Brunei dan Sabah namanya ambuyat. Mee kolok dah dapat pagi tadi di Restoran Sepinang Sari. Lepas makan, balik rehat.

22 Januari 2017
Cadangannya nak bergerak awal ke Lundu, lepas subuh. Tapi biasalah, janji Melayu. Jadinya kitaorang daftar keluar hotel pada pukul 6.30 pagi. Singgah sarapan pagi di Mega Bite Matang. Ikut jalan feri Rambungan-Sempadi.

Sarapan pagi di Mega Bite, Matang

Masa sampai di Taman Negara Gunung Gading, orang tak berapa nak ramai lagi. Cuaca pun cantik je, tak berapa nak panas. Selepas pendaftaran, kami memulakan misi mencari bunga rafflesia. Katanya ada dua lokasi. Satu yang besar dan satu lagi kecil.

Entrance Taman Negara Gunung Gading
Entrance Fee Taman Negara Gunung Gading

Kami bercadang untuk pergi ke kawasan yang besar dulu. Cari punya cari, tapi tak jumpa. Padahal orang tu bagitahu macam dekat sangat bunyinya dengan HQ. Sebab tak jumpa lagi, kami teruskan perjalanan mencari yang kecil pulak. Yang kecil agak jauh dari HQ. Yang ni pun sama juga, dah berapa kali turun naik tapi masih tak jumpa. Rasa macam nak putus asa. Ada juga sekumpulan budak perempuan, mereka pun tak jumpa juga.

Masa memang dah rasa putus asa tu, tersempak dengan satu lagi kumpulan. Mereka memberitahu yang besar tu dekat bawah, ikut jalan stor lama. Lurus je ke dalam, sampai jumpa dua simpang. Ikut simpang yang ke kiri turun bukit. Jalan lagi, baru jumpa. Tu pun nasib baik ada sekumpulan mat saleh dekat sana. Kalau tak, tak tahulah jumpa ke tidak.

Perasaan bila lepas jumpa bunga tu? Rasa macam nak melompat sampai ke bintang. Kami berehat sebentar, tangkap gambar, sehingga ada kumpulan lain sampai baru kami bergerak keluar. Kira puas hati dapat jumpa satu. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Sematan.

Finally we found you!

Sampai di Sematan, kami pergi bermain di Pantai Sematan sementara menunggu untuk makan tengah hari. Kami makan di Sematan Palm Beach Resort. Selepas makan, baru pergi ke rumah sewa saya untuk mandi. Dalam pukul 1.30 petang bertolak balik ke Kuching.

Sematan Palm Beach Resort

Sebelum ke Lapangan Terbang, kami singgah di Asma Cake House, Batu 7 untuk membeli kek lapis. Saya sempat membeli dua jenis biskut. Sangat sedap. Tiba di lapangan terbang, sementara menunggu waktu penerbangan Mashi kami minum petang di Old Town White Coffee. Selepas Mashi masuk ke bahagian perlepasan barulah saya dengan Mel balik semula ke Waterfront Hotel untuk mengambil kereta Mel.

Tea Time at Old Town White Coffee
Entrance The Waterfront Hotel

Nota:
1) Travel tentative dan kos perjalanan boleh lihat di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *