Misi Menjejaki Bunga Terbesar Di Dunia

Hari tu Mel ada minta suggestion tempat yang boleh dilawati sebab ada kawan dia dari KL nak datang Kuching. Kebetulan on the same day kawan dia datang tu, ada Bunga Rafflesia yang blooming di Taman Negara Gunung Gading, Lundu. So, suggest dengan dia suruh pergi sana sebab dah alang-alang datang Kuching masa time blooming.

Nak dijadikan cerita, diaorang ajak aku joint sekali. Jadinya kita joint sekalilah. Hari Sabtu aku kerja half day, so Sabtu hanya Mel dan Mashi je yang berjalan. Diaorang pergi Kampung Budaya dan Waterfront Kuching. Kitaorang janji jumpa di Waterfront Hotel sebab aku ada jumpa agent insurance jugak. Tentative perjalanan boleh check di sini (Travel Tentative: 2D1N Misi Menjejaki Bunga Terbesar)

Around 6.30pm kitaorang jumpa. Diaorang dah siap check-in Waterfront Hotel. Bilik 910 Level 9 mengahadap Padang Merdeka. Rehat sekejap then keluar makan ke Kedey Kamek di Metrocity Matang sebab aku hanya tahu situ je yang ada Laksa Sarawak waktu malam. Tak ingat pulak yang Kopi O’ Corner pun ada jugak rasanya.

Esoknya, kitaorang plan nak gerak awallah kononnya. Tapi macam biasa, janji Melayu. At last pukul 6.30am baru check out dari hotel. Singgah sarapan di Mega Bite Matang. Then ikut jalan feri Rambungan – Sempadi.

Masa sampai di Taman Negara Gunung Gading, orang tak berapa nak ramai lagi. And cuaca pun macam cantik je, tak berapa nak panas. Selepas pendaftaran, kitaorang mulakan misi mencari bunga tu. Katanya ada dua lokaasi. Satu yang besar, satu kecil.

Kitaorang target nak tengok yang besar dulu. Cari punya cari tak jumpa. Padahal orang tu explain macam dekat je bunyinya. Since tak jumpa, try lagi cari yang kecik pulak. Yang tu agak jauh sikit. Yang ni pun sama jugak, dah berapa kali turun naik tak jumpa-jumpa. Rasa macam nak give up dah. Ada juga jumpa sekumpulan budak ni, diaorang pun tak jumpa jugak.

Masa dah nak give up tu, tersempak dengan satu group lagi. Diaorang bagitau yang besar dekat bawah tu ikut jalan stor lama. Lurus je ke dalam, sampai jumpa dua simpang. Ikut simpang yang ke kiri turun bukit. Jalan lagi, baru jumpa. Tu pun nasib baik ada kumpulan mat saleh dekat sana. Kalau tak maunya tak jumpa jugak.

Since dah jumpa yang satu ni, kira ok lah. Berehat sebentar, ambil gambar, sampai ada kumpulan lain sampai baru kitaorang gerak keluar. So, dah puas hati jumpa satu kitaorang terus pergi ke Sematan.

Sampai di Sematan, pergi main di pantai sementara tunggu nak makan tengah hari. Kitaorang makan tengah hari di Sematan Palm Beach Resort. Lepas makan pergi rumah sewa aku untuk mandi. Kemudian baru bertolak ke balik ke Kuching.

Sebelum sampai ke airport, itaorang singgah di Batu 7 beli kek lapis. Aku sempat beli 2 jenis biskut. Sangat sedap. Sampai di airport, tea time di Old Town White Coffee sementara boarding time flight Mashi. Lepas Mashi boarding barulah aku dengan Mel balik.

Tapi sebelum tu, singgah The Waterfront Hotel lagi ambil kereta Mel. Free parking sebab dah stay sana semalam.

Special dish, linut @ ambuyat
View from Level 9, The Waterfront Hotel
Breakfast at Mega Bite, Matang
Entrance Fee Taman Negara Gunung Gading
Entrance Taman Negara Gunung Gading
Finally we found you!
Sematan Palm Beach Resort
Tea Time at Old Town White Coffee
Entrance The Waterfront Hotel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *