MNZ – Wedding Cost

Kali ni nak kongsikan kos untuk majlis perkahwinan kitaorang. Sebelum ni aku pun ada berangan nak buat majlis dengan tema “Garden Wedding”. Biasalahkan, perempuan and kita nak kahwin pun sekali seumur hidup je.

As time fly and lepas jumpa kanda, semua tu aku tak kisah pun. Yang aku tahu, aku nak cepat-cepat kahwin dengan dia. Kitaorang kenal pun tak lama and tiba-tiba terus decide nak kahwin (MNZ – Wedding Journey). Yes, everyone terkejut and masing-masing kata cepatnya. Nak buat macam mana, kalau dah jodoh.

Sebenarnya nak kahwin ni tak perlu mahal-mahal. Buat yang wajib je. Duit lain tu boleh simpan untuk kehidupan lepas kahwin. Sebabnya lepas kahwin lagi banyak benda nak pakai duit. Tapi dengan syarat jugaklah kot kalau nak buat yang simple macam ni. Aku bersyukur sangat-sangat sebab both family tak masuk campur urusan pengurusan majlis kahwin kitaorang. Diaorang follow je apa yang kitaorang plan nak buat.

Total perbelanjaan untuk majlis perkahwinan kitaorang adalah = RM2,959. Ni tak termasuk bayaran untuk kursus kahwin, duit untuk borang, mas kahwin dan hantaran ya. Di bawah ni aku sertakan detail harga and service yang kitaroang pakai:

  1. Pakaian (Bride) = RM289
    a) Baju Kebaya = RM170
    b) Patching manik = RM70
    c) Tudung Lieya Series in Swarovski from Milala Attire = RM49.00
  2. Pakaian (Groom) = RM340
    a) Baju Melayu = RM250
    b) Songkok = RM30
    c) Samping = RM60
  3. Dewan (Masjid Darul Hana) = RM600 (Deposit & Cagaran dipulangkan semula)
    a) Dewan akad nikah = RM250
    b) Ruang Terbuka Zon A = RM150
    c) Meja bulat (RM10/unit) = RM100
    d) Kerusi plastic (RM1/unit) = RM100
    d) Deposit = RM100
    e) Wang cagaran = RM200
  4. Catering (RM12/pax) by Iskandar Catering = RM1200
  5. MUA (Make up + Sewa Veil & Crown) by Nurul Ain Norman = RM200
  6. Photographer (Indoor + Softcopy Pendrive) by Amiruzzaman Hamzah = RM330

Leave a Reply

Your email address will not be published.