MNZ – Wedding Journey

Baru terasa nak share detail story kitaorang. Sebenarnya ada share kat Instagram. Tapi ni saja nak buat entry untuk blog. Lama sangat dah biarkan blog ni bersawang.

15 August 2018 –
Full time di site PPAM, Putrajaya

6 September 2018 –
First time keluar makan berdua di Padi House, Presint 4. Banyak kali juga dia ajak keluar makan, tapi biasalah I’oll buat tak layan je.

8 October 2018 –
Tea time at Padi House, Presint 4

16 October 2018 –
Dinner at Secret Recipe, Presint 2

1 November 2018 –
Dinner at The Manhattan Fish Market, D’pulze Cyberjaya

5 November 2018 –
Dinner at Xing Zhu Restaurant, Cyberjaya

6 November 2018 –
First time kayuh basikal sama-sama. Banyak kali dah dia ajak pergi kayuh, tapi aku buat tak layan. Then memang ada janji one day nak kayuh dengan dia. So, hari ni tunaikan janji yang tertangguh. Malam tu kitaorang dinner di Dayang Sarawak, Presint 15.

7 November 2018 –
Hilmi tanya macam mana nak tackle. Tackle me if you can. Yakin sangat sebab masa tu hati ada orang lain. Tapi dia lupa yang pegang hati tu Allah.

9 November 2018 –
Today, I’m going back to Kuching. Hilmi tolong hantar ke Putrajaya Sentral.

10 November 2018 –
The confession. When the one yang you put dream on is not ready yet, but the one you tak expect ask for hand. This is the turning point. Hilmi tanya apa status hubungan kitaorang. I’oll jawab “kawan” je lah. Aku tak nak bagi dia harapan and masa tu pun tak sure juga my family boleh terima dia ke kalau aku terima dia. Sebab bagi aku yang penting family aku boleh terima dia than I’m ok.

11 November 2018 –
Masa sarapan beranikan diri bagitau family yang Hilmi nak jumpa diaorang (yang ni banyak kali dah dia mention, tapi dalam nada gurau). Dan tak sangka my family semua ok. I kept that answer for myself dulu, tak bagitau pun dia. Kalau dia tanya lagi baru bagitahu. Sampai di Putrajaya, Hilmi tolong ambil di Putrajaya Sentral.

12 November 2018 –
I can say, this is the day that I’ve fall in love with you. Sebab hari ni dia tanya lagi apa status kitaorang and since my parent pun senang giler nak terima dia (padahal tak pernah jumpa pun and aku jarang sangat cerita pasal dia dengan family). Beza sangat masa bagitau pasal budak cina tu. And we decided to get married.

17 November 2018 –
Nervous nak pergi jumpa family Hilmi di Batu Pahat

19 November 2018 –
Balik Kuching, bawa Hilmi jumpa family

1 & 2 December 2018 –
Kursus pra perkahwinan. Beza rasa pergi seorang dengan pergi bersama pasangan.

13-18 December 2018 –
Balik untuk majlis kahwin adik cum uruskan borang kahwin sendiri. Dewan, catering and photographer.

30 December 2018 –
Cari baju di Bangi

2 January 2019 –
Cari MUA. Asalnya tak nak makeup, tapi sebab Puan Hajah bising tanya kenapa tak makeup so kita carilah.

17 January 2019 –
Family dari Batu Pahat sampai.

18 January 2019 –
10.00am – Merisik & bertunang
8.30pm – Akad nikah

Leave a Reply

Your email address will not be published.