Road Trip Kuching – Miri: A Journey To The Memory

Masa cuti Tahun Baru Cina hari tu, buat plan mengejut, road trip to Miri. Memang betul-betul last minute punya plan. Tahun Baru Cina jatuh pada hari Sabtu. Company bagi cuti hari Jumaat. Petang Khamis, tanya adik yang di Miri dia balik tak. Katanya tak ada tiket lagi. Mungkin akan balik naik bas. Tiba-tiba datang idea daripada dia balik Kuching naik bas, baik kitaorang yang pergi ke Miri dengan kereta.

So, harus telefon Tuan Haji tanya. Tapi tak jawab pulak. Try call Puan Hajah. Dia kata kena tanya Tuan Haji dulu. Around petang, baru dapat call Tuan Haji lagi. Then bagitau dia plan nak ke Miri. Katanya ok tapi belum ada kata putus.

Sampai je di rumah malam Khamis tu, Puan Hajah tanya “Dah kemas barang ke?”. Baru sampai takkan dah kemas barang. Rupanya diaorang semua dah siap packing barang. Adeh! Tentative perjalanan boleh check di sini (Travel Tentative: Road Trip Kuching – Miri).

Trip ni diberi nama A Journey To The Memory sebab tujuannya adalah untuk mengimbau kenangan semasa di Miri. Tuan Haji dulu bekerja di ladang kelapa sawit. Sebab tu lah kalau tengok tempat yang di singgah macam agak pelik je. Ladang Surea ladang terakhir sebelum Tuan Haji berhenti kerja. Ladang 2 antara ladang terawal. Adalah beberapa ladang yang kitaorang tak singgah.

Sebab dah alang-alang ke Miri, haruslah masuk ke Brunei. Kebetulan memang ada kawan Tuan Haji dan Puan Hajah di sana. Jadi dapatlah kitaorang melawat diaorang. Kalau ikutkan plan asal nak terus ke Limbang dan Lawas. Tapi macam dah lewat sangat. Jadi batalkan hajat. Kalau tak boleh lah nak buat rekod dari hujung Sarawak ke hujung Sarawak. Mana taknya, drive dari Sematan sampai ke Lawas.

Perjalanan 4 hari 3 malam yang memenatkan tapi sangat memuaskan. Insya Allah, semoga suatu hari nanti akan dapat pergi ke semua bahagian di Sarawak.

Perjalanan Kuching – Miri: Mukah Balingian Road
Ready nak masuk Brunei
Pantai Jerudong
Pantai Jerudong
Jollibee
Masjid Sultan Omar Ali Saiffudien
Maritime Museum & Brunei Museum
Malay Technology Museum
Taman Negara Bukit Lambir
Ladang Surea
Pantai Tusan
Homestay Taman Assyakirin
Surau Ladang 1
The house that I really miss (Dulu rumah kayu)
Ladang 1

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *