Tea Time @ Once Upon A Cafe

Sepatutnya 26 Oktober dah kerja. Tapi rasa penat balik dari Trip JB-Singapura masih tak hilang lagi, jadi kita memonteng. Dah alang-alang cuti, ajak Mel jumpa untuk tea time. Janji jumpa Mel dekat Secret Recipe seberang City One. Sebenarnya nak parking kereta di situ kemudian kitaorang satu kereta je.

Masuk kedai tu, sangat-sangat mengimbau kenangan. PC screen besar, telefon lama etc. Atas meja siap bertulis:

No free wifi. Talk to each other as if it’s 1993.

Kitaorang memang plan nak cari tempat untuk borak-borak panjang pun.

Aku order mee jawa, Mel order mee tomato crispy. Air sama order teh. Kalau check-in di Facebook dapat discount 10%. Rasa makanan, ok lah rasanya.

Mee tomato crispy, mee jawa & teh ais

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *