Terasa Seperti Menyertai ‘The Amazing Race Asia – Singapore’

Ini adalah pengalaman pertama ke luar negara secara backpacker. Sebelum ni dah pernah pergi Indonesia, tapi memang follow je lah apa tentative program diaorang, macam mana nak gerak semua diaorang dah aturkan. This time semua buat sendiri. Tapi yang anehnya aku langsung tak ambil kisah pun, sebab macam yakin dan percaya dengan Izzah punya plan.

Kitaorang ambil bas ke Singapore dari Terminal Bas Larkin. Ingatkan berapalah tambang dia, rupanya RM3.30 je. Kitaorang ambil bas yang ada proper seat, siap dengan aircond lagi. Tiket bas jangan buang/hilangkan sebab kalau terlepas bas, boleh naik mana-mana bas dari company yang sama. Sebab tu jangan buang. Selain tu sila ingat no bas. Lagi satu, masa turun di imegresen sila bawa semua barang turun sebab kadang-kadang kita tak akan dapat naik bas yang sama.

Masa di Imegresen Malaysia, macam masih boleh tahan lagi. Tak adalah lama sangat nak tunggu turn untuk cop sebab ada line khas untuk Malaysian Passport. Dah siap cop, turun balik bawah cari bas tadi. Sampai di Imegresen Singapore kena turun lagi sekali untuk cop passport. Masa ini lah perlu ‘borang putih’. Since kitaorang dah ada, dan dah siap isi, so tak adalah buang masa nak isi lagi kat situ. Just perlu berbaris untuk cop je.

Nak dijadikan cerita, line kitaorang system dia problem. Tu yang pelik, kenapalah lambat sangat padahal line lain laju je. Masa tu pun dah dalam pukul 9.00pm. Janji dengan tuan rumah homestay memang around tu dah sampai Singapore. Rasa macam dah lewat, tapi tak dapat nak inform tuan rumah sebab line telephone tak ada. Planning nak buat roaming. ingatkan masa dekat border boleh buat. Banyak kali cuba tak dapat jugak. Moral of the story, sebelum masuk border kena activekan roaming terus.

Kitaorang lepas semua process imegresen dalam pukul 9.30pm. Sementara tunggu Izzah keluar, ternampak macam familiar face. Try tegur, nasib baik betul. It’s nice to see the familiar face first thing first in Singapore. After say hi kitaorang berpisah ikut haluan sendiri.

Aku dengan Izzah, cari bas kitaorang. Dah jumpa tunggu nak jalan je. Masa tu sebenarnya dah terasa pelik. Sebabnya kalau ikut route Izzah, kitaorang kena turun dekat Stesyen LRT Bugis. Then dari sana akan ambil LRT ke Woodland. Kalau ikut logik, sebenarnya kitaorang dah boleh turun di Imegresen tu je. Tak payah ke Stesyen Bugis sebab homestay yang kitaorang sewa tu dekat Woodland Circle. Mesti tak berapa jauh dari area tu jugak. Tapi sebab aku memang tak ada check pun route untuk perjalanan di Singapore, so ikut je lah.

Sebenarnya dah pernah tanya tuan rumah, kalau dari Woodland macam mana nak ke rumah dia. Dia ada bagi direction tapi sebab tak dapat connect internet, so tak dapat buka msg dia.

Masa dah sampai ke stesen bas pusat bandar (rasanya), Izzah ada sembang-sembang dengan sorang uncle ni. Dia terkejut yang kitaorang turun sampai situ jugak. Padahal katanya kitaorang boleh direct ke Woodland Circle masa di Woodland tadi. Masa tu pun dah dalam 10.30pm. Memang berlari kitaorang ke nak beli tiket. Hopefully masih ada LRT nak ke Woodland.

Kitaorang plan nak beli Singapore Tourist Pass malam tu jugak. Tapi rupanya kaunter untuk Tourist Pass hanya buka pada office hour. So terpaksalah kitaorang pakai ticket LRT biasa. Nasib baik dah pernah/tahu guna LRT di Semenanjung. Sistem dia sama je.

Dari Stesen Bugis, kitaorang kena pergi ke Stesen Woodland. Nasib baik masa sampai di Stesen Woodland ada terjumpa 7Eleven. So, benda pertama yang dibeli adalah simcard. Kemudian beli makanan dan minuman. Pinjam handphone Izzah, sebab aku tak bawa pin simcard. Masa tu baru dapat nak call tuan rumah, bagitau dia kitaorang dekat Stesen Woodland macam mana nak ke Woodland Circle. Dia bagitau ambil bas no 913, stop dekat bus stop yang ke-8 iaitu dekat Block 713. Cross jalan, rumah dia dekat Block 731.

Dah jumpa Block 731, kitaorang naik tingkat 11, rumah no 11-01. Finally, around 12.00 midnight kitaorang sampai homestay. Padahal kalau tak salah route tadi, rasanya around 10.00pm memang dah sampai. Seriously penat sebab asyik kena berlari je. Dah la bawa backpack berat. And banyak benda jugak yang belajar hari ni.

Moral of The Story:
1. Pastikan telefon sudah disetkan auto roaming sebelum masuk ke luar negara ataupun terus cari simcard negara tersebut sebaik sahaja tiba
2. Untuk yang menaiki bas ke/dari JB-Singapore, sila ingat no flat bas anda.
3. Untuk yang menaiki bas ke/dari JB-Singapore, pastikan tiket bas disimpan. Sekiranya terlepas/tertinggal bas yang sepatutnya anda naik, anda masih boleh naik bas dari company yang sama.
4. Jangan sombong. Rajin-rajinkan diri untuk bertanya.

P/S: Hari ni memang banyak ‘nasib baik’

Ticket Bas, White Form & Passport
Imegresen Malaysia

 

2 thoughts on “Terasa Seperti Menyertai ‘The Amazing Race Asia – Singapore’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *