Tiket Flight Kuching Ke Johor Bahru Serendah RM23.32

Untuk trip 4D3N Johor Bahru – Singapore yang lepas, ini adalah kali pertama dapat tiket flight yang sangat murah. RM23.32 return Kuching-JB. Sepanjang lebih tiga tahun berulang alik dari Kuching-JB, tak pernah dapat harga ni. Lagi-lagi kalau balik masa Hari Raya. Dulu kalau dapat RM79/way pun macam dah kira murah.

Tiket flight AirAsia

Masa tu dalam bulan February kalau tak silap. Ada member dari group sekolah bagitahu dia dapat tiket flight RM23 je. Tu yang terus pergi check AirAsia. Memang rezeki, masih ada. Dah siap beli baru tanya partner in crime, Izzah. Izzah dapat tiket flight RM82.78. Tu pun lambat beberapa minit je.

Kalau nak dapat tiket murah, kena rajin check laman web AirAsia hari-hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *